Penggunaan bahantara dan pengawalan kuasa dengan menggunakan bendalir bertekanan telah berkembang luas dalam semua bidang industri. Pneumatik berkaitan dengan penggunaan udara bertekanan sebagai bendalir sementara kuasa hidraulik meliputi penggunaan minyak atau cecair lain. Sistem hidraulik digunakan dengan meluas dalam pembinaan jentera berat seperti jentolak, jengkaut, traktor, mesin gerudi, lori dan lain-lain lagi.
Gambarajah 1.1 : Penggunaan sistem hidraulik pada jentera berat
Sebenarnya sistem hidraulik adalah lebih baik dan efisien berbanding sistem penumatik dalam pembinaan jentera berat kerana sistem hidraulik menggunakan cecair sebagai bahantara.
Secara umum, pneumatik digunakan untuk daya yang rendah iaitu sehingga 10 kN (1 ton) manakala hidraulik pula digunakan untuk daya atau beban yang tinggi. Kuasa bendalir adalah istilah yang merangkumi kedua-dua kuasa pneumatik dan hidraulik.
Sains penghantaran daya atau pergerakan melalui bahantara bendalir yang terkurung adalah berfungsi berdasarkan Hukum Pascal. Hukum Pascal menyatakan bahawa keamatan tekanan dalam bendalir pada satu titik yang tidak bergerak adalah sama nilai dari semua arah.
Terdapat empat prinsip asas dalam sistem hidraulik:-
1.Cecair tidak mempunyai bentuk - Cecair akan mengikut bentuk bekas yang diletakkan. Oleh itu ia sesuai digunakan untuk penghantaran daya dalam sistem hidraulik yang mempunyai reka bentuk yang rumit.
2.Tidak boleh dimampatkan - Tekanan yang dikenakan ke atas bendalir akan dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain berdasarkan jumlah daya yang dikenakan ke atas bendalir tersebut.
3.Memindahkan tekanan ke semua arah - Konsep hukum Pascal diaplikasikan pada sistem hidraulik yang bercabang yang memerlukan tekanan yang sama bagi semua arah pada satu masa yang sama ketika sistem sedang beroperasi.
Gambarajah 2: Konsep hukum pascal
4. Mampu melakukan kerja-kerja berat - Sistem hidraulik boleh melakukan kerja-kerja berat walaupun mempunyai rekabentuk yang kecil dan ringkas. Ini dapat menjimatkan penggunaan cecair hidraulik dalam sistem.
Contoh yang paling mudah untuk memahami prinsip asas sistem hidraulik adalah pada sistem brek hidraulik kenderaan, di mana cecair hidraulik dapat memenuhi dan mengikut bentuk saluran sistem brek tersebut. Ia juga dapat memindahkan tekanan yang wujud dalam bendalir tersebut apabila daya dikenakan. Tekanan tersebut akan diagihkan sama rata dalam sistem brek hidraulik kenderaan sesuai dengan konsep hukum Pascal. Jika dilihat pada sistem brek tersebut, reka bentuknya adalah kecil, ringkas serta memerlukan jumlah isipadu bendalir yang sedikit tetapi mampu memberhentikan sesebuah kenderaan.